Aisha Kidz Planet Bandar Baru Bangi

Aisha Kidz Planet Bandar Baru Bangi terletak di Seksyen 8, Seri Bangi.

Landmark yang paling mudah untuk mengenali lokasi Aisha Kidz Planet BBB adalah Bank Islam cawangan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi.

Selain itu, jiran-jiran kedai yang berdekatan dengan Aisha Kidz Planet adalah Cat Signature, sebuah kedai dan cafe bertemakan kucing-kucing eksotik dan kacukan. Kedai makan yang paling dekat pula adalah Temerloh Catering dan Restoran Bakar-Bakar Grill. Kedai-kedai lainyang berdekatan juga adalah Sup Rempah Salai, The Horizon, Hannan Medispa, SkinValet dan banyak lagi.

Aisha Kidz Planet berada di tingkat 2, ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengunjung.

Jomm kita tour dalam Aisha Kidz Planet BBB di pautan link Facebook :)

https://www.facebook.com/219190175384367/videos/253201208649930/

Layout Aisha Kidz Planet dari kaunter utama yang berada di tengah-tengah taman permainan

Ruangan bebas untuk permainan kereta mini dan haiwan jungkit. 

Berhadapan kaunter adalah permainan trampoline untuk kanak-kanak dan juga dewasa 

Bersebelahan pintu masuk adalah tempat permainan pasir


Ruangan permainan berbola dengan indoor playground 




Kesemua tempat permainan ini terbuka kepada kanak-kanak dengan ketinggian 135cm dan ke bawah. Ibu ayah digalakkan menemani kanak-kanak sepanjang mereka bermain di dalam Aisha Kidz Planet. 

Untuk mengisi masa ibu ayah di Aisha Kidz Planet, terdapat kemudahan yang disediakan antaranya ; surau, free wifi, tandas, smart tv dan juga minuman panas. 

Kanak-kanak dan ibu ayah bebas bergerak dalam ruangan Aisha Kidz Planet sepanjang waktu operasi dari jam 10pagi hingga 10 malam pada hari Selasa hingga Ahad. 

Selain free play session untuk anak-anak, Aisha Kidz Planet juga menyediakan ruang untuk permainan contructive play.  


Constructive play yang menggunakan blok gergasi untuk merangsang perkembangan minda dan kemahiran menyelesaikan masalah. 

Ruangan event yang terbuka untuk tempahan sebarang majlis untuk ibu ayah dan anak-anak

Antara majlis yang popular dikalangan ibu ayah di ruangan event ini adalah tempahan sesi majlis hari lahir anak-anak. Ini paling popular memandangkan kanak-kanak dapat bermain di Aisha Kidz Planet sebelum, semasa dan selepas majlis hari lahir. Aisha Kidz Planet juga menyediakan beberapa pakej majlis untuk ruangan ini. 

Selain dari itu, pihak Aisha Kidz Planet juga menawarkan ruangan ini untuk sebarang majlis bersama pihak tadika dan prasekolah. 

Ibu ayah, serta guru-guru yang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh berhubung dengan pegawai pemasaran kami di talian 018-3674075 [Puan Nusaiybah].  




Comments

Popular Posts