Playgroup Tunas at Aisha Kidz Planet BBB
Alhamdulillah thummalhamdulillah. Kami di Aisha Kidz Planet BBB sangat berbesar hati dan gembira dapat menjayakan sesi Playgroup Tunas di Aisha Kidz Planet BBB. Ini merupakan antara sumbangan dunia dan akhirat, dan sumbangan semula kepada komuniti. Playgroup Tunas? Playgroup Tunas ini merupakan satu sesi aktiviti playgroup dari seorang ibu kepada ibu yang lain. Eh macam mana tuh? 😅 Sebenarnya program ini adalah inspirasi dari seorang ibu yang mempunyai anak special needs Autism. Beliau selalu berulang alik dari Bangi ke Petaling Jaya. Tepatnya di Masjid Kampung Tunku. Hampir setiap bulan, pastinya seminggu atau dua minggu sekali. Untuk apa ye? Untuk anaknya, supaya dapat menyertai sesi playgroup khas buat anak-anak Autism. Playgroup ini sebagai satu sesi kaedah intervensi dalam membantu anak-anak autism untuk bersosial dan melatih perkembangan mereka baik dari segi kemahiran dan juga bersosial. Setelah sekian lama jugak setahun lebih berulang alik, beliau dengan berbekalka...