Playgroup

Pusing kiri, pusing kanan. 

Anak mengetap bibir, mengenggam erat tangan ibu dan ayahnya. Tergambar mukanya perasaan risau dengan mata mata baru yang turut melihatnya. 

Kelihatan beberapa orang yang sepertinya. Ada anak dan ditemani ibu ayah masing-masing. 

Mereka semua hadir bersama di suatu tempat. Dengan tujuan yang sama. Nak menyertai playgroup. 

Ada Apa dengan Playgroup? 


Playgroup adalah satu suasana yang diwujudkan oleh sekumpulan ibu ayah atau penjaga yang bertujuan untuk melakukan aktiviti bersama. Suasana ini membantu dalam perkembangan emosi dan interaksi anak-anak dan ibu ayah juga.

Di dalam playgroup, anak-anak akan mula berkenalan dengan kawan-kawan baru. Aktiviti yang biasa dilakukan di rumah seperti bernyanyi nursery rhymes atau lagu kanak-kanak, kini mereka boleh melakukannya bersama ibu ayah serta kawan-kawan baru. 

Playgroup ini boleh dianjurkan di mana-mana sahaja mengikut keselesaan ibu-ayah dan kanak-kanak.  




Berbagai-bagai aktiviti dapat diadakan seperti bernyanyi, bercerita, art dan craft, sandplay, melukis, mewarna, kolaj, bermain air dan lumpur, eksplorasi taman dan banyak lagi. 

Semuanya berperanan membantu perkembangan anak secara kognitif, sosial, emosi, fizikal, dan yang paling penting bonding atau perhubungan ibu ayah dengan anak-anak. 

Secara kasarnya, aktiviti di playgroup boleh dilakukan di sekolah dan diambil peranan oleh guru tadika, tapi yang membezakan playgroup dan preschool adalah kehadiran guru yang digantikan dengan ibu ayah anak-anak sendiri. Guru pertama anak-anak adalah ibu ayah mereka. 

Best ke best aktiviti playgroup ini? 

Lagi best kalau Aisha Kidz Planet nak menganjurkan aktiviti playgroup ini di Bandar Baru Bangi kan?  

Untuk maklumat lanjut ; ibu ayah boleh menghubungi Saybah di 0183674075. 

Comments

Popular Posts